Semenjak tahun 1971, US dollar telah tidak disandarkan kepada emas lagi oleh Presiden Nixon. Begitu jugalah dengan 'currency' lain di seluruh dunia termasuk RM Malaysia hari ini. Wang kertas ini tidak ada apa-apa nilai kecuali di atas kepercayaan rakyat dan jaminan kerajaan sebagai ganti pembayaran kepada produk dan servis. Adakah anda terkejut? Jika anda memiliki wang RM100, 000 hari ini, anda sebenarnya tidak memiliki kekayaan sebenar. Jumlah RM100, 000 hanya pada nombor sahaja dan ianya boleh susut nilai dari segi kuasa membeli dan akhirnya lenyap apabila berlaku keruntuhan ekonomi. Ditambah pula dengan inflasi, nilai RM100, 000 hari ini tidak akan sama lagi nilai RM100,000 sepuluh tahun akan datang dari segi kuasa membeli. Kita dapati kuasa membeli semakin berkurangan saban tahun.Kenapa ini berlaku ya? Teruskanlah membaca.
Mencetak lebih banyak wang menyebabkan nilai 'currency' itu menurun. Bayangkan kita memiliki 1/4 gelas air oren yang berkualiti tinggi, apabila kita tambahkan air masak sehingga penuh, kita akan dapat lebih banyak air oren tapi kualitinya telah berkurang. Itu lah yang telah berlaku kepada US Dollar. Harga emas sangat berkait dengan nilai US Dollar. Secara amnya ,US Dollar turun, harga emas akan naik. Untuk gambaran lebih jelas sila lihat graf di bawah.

KEISTIMEWAAN EMAS
Emas
adalah penyimpan nilai. Apabila berlaku ketidak-tentuan dalam ekonomi
dunia, pelabur-pelabur yang kaya-raya akan menukarkan kekayaan mereka
yang berbentuk 'currency' kepada emas dan perak. Ini kerana, sepanjang
sejarah manusia nilai emas tidak pernah menjadi kosong (tidak berharga).
Nilai emas juga adalah sebagai pengukur kesihatan ekonomi dunia
berlandaskan 'currency'. Bila harga emas meningkat, ini menunjukkan
ekonomi sedang bermasalah. Masalah ini adalah disebabkan inflasi yang
menyebabkan kuasa membeli susut saban tahun. Tahukah anda pada zaman
nabi, berapakah harga seekor kambing? Jawapannya adalah 1 dinar. Setelah
1400 tahun, hari ini kambing masih lagi berharga lebih kurang 1 dinar.
Apa pendapat anda?
Antara
keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia.
Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan
sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh
dunia. Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian
daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman
mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah,
tanah, kebun dan ternakan mereka. Harta yang mereka bawa semasa
melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam. Ini kerana mereka
sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh
ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka. Dengan
menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka
dengan mudah di negara persinggahan mereka. Bayangkan jika mereka
membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku? Sudah pasti
mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak
akan diterima di negara lain.
Keistimewaan
emas yang lain adalah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta.
Justeru itu ia sukar untuk dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh
ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini
berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh
pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan
menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil
hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas
tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan
sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang
kertas di dalam sejarah tamadun manusia.
WANG KERTAS

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah
- Kerajaan Perancis –tahun 1715
- Republik Weimer Jerman - 1922-1923
- Hungary 1945-1946
- Chile 1971-1981
- Peru 1988-1991
- Angola 1991 – 1999
- Yugoslavia 1992-1995
- Belarus 1994-2002
- Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
- Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
- Zimbabwe 2000-2009
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keistimewaan emas sila download PANDUAN EMAS DAN PERAK