FAQ

BARANG KEMAS VS JONGKONG EMAS , MANAKAH YANG LEBIH BAIK?
Barang kemas adalah lebih baik kerana marketnya yg lebih besar berbanding jongkong emas. Selagi ada anak-anak perempuan dilahirkan di dunia ini, selagi itulah barang kemas akan sentiasa menjadi tarikan untuk perhiasan. Selagi ada orang nak kahwin, selagi itulah pasangan akan mencari barang kemas sebagai hadiah kepada bakal isteri.

ADAKAH BARANG KEMAS MEMPUNYAI CIRI-CIRI UNTUK PELABURAN?
Ya, asalkan ianya emas dan dibeli lebih murah dari harga pasaran.  Orang tua masa dulu-dulu menggunakan emas barang kemas untuk menyara pengajian anak-anak ke sekolah atau ke universiti. Malahan sekarang pun, ada yang memajak emas pada akhir tahun untuk menampung pembelanjaan persedian untuk buka seisi persekolahan anak-anak mereka. Apabila mereka mempunyai duit untuk menebus keluar emas tersebut pada bulan-bulan yang berikutnya, mereka akan menebusnya semula

SUSUT NILAI UNTUK BARANG KEMAS ADALAH TINGGI, ADAKAH BENAR?
 Tak benar sama sekali. Selagi kita membeli emas pada harga lebih murah dari pasaran, selagi itulah susut nilai barang kemas itu amat rendah. Sebenarnya kita boleh mencapai susut nilai zero percent kalau kita cerdik dan mempunyai sedikit ilmu emas. Susut nilai yang tinggi hanya terpakai jika kita membeli dari kedai emas

DARI MANA SUMBER BARANG KEMAS YG DIJUAL?
Dari kilang emas di Malaysia dan bukannya dari kedai emas. Itulah sebab kami boleh menawarkan harga yang lebih murah. Jika ragu-ragu mengenai ketulenan emas, ujian ketulenan boleh di buat


No comments:

Post a Comment